Friday, July 30, 2010

Perkhidmatan Bas Di N9,MELAKA DAN JOHOR








1hb Mac 2009

Ruj Kami: KSB/KMJ-T/CS001-001

Kepada,

Tuan Pengarah
Politeknik Merlimau Melaka
Jalan Jasin-Merlimau
77300 Merlimau
Melaka

Tuan,

CADANGAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN KOMPUTER RIBA (LAPTOP) / MUDAHALIH DAN LAIN-LAIN PERKHIDMATAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR DAN PIHAK PENGURUSAN

Perkara tersebut di atas adalah dirujuk. Kami amat berbesar hati bercadang untuk menyediakan kemudahan computer riba (laptop) mudah alih serta lain-lain perkhidmatan yang berkaitan untuk kegunaan pelajar-pelajar khususnya dari Politeknik Merlimau dan juga untuk sewaan pihak pengurusan sekiranya diperlukan.

Cadangan Penyediaan Kemudahan Komputer Riba

Pihak syarikat bercadang untuk menyediakan computer riba yang secukupnya untuk kegunaan pelajar-pelajar dan orangramai dengan kadar yang sewajarnya. Dengan ini dapatlah para pelajar menyiapkan kertas kerja atau tugasan mereka dengan selesa walau dimana mereka berada kerana pihak syarikat juga menawarkan zon Wifi secara percuma di kawasan persekitaran bagi kegunaan pelajar-pelajar dan masyarakat umum.

Tujuan kami membuat cadangan ini adalah untuk memberi kemudahan kepada para pelajar mendapatkan maklumat serta menyiapkan tugasan tanpa menunggu di cyber café atau di dalam bilik komputer. Kami akan memastikan keperluan komputer riba adalah mencukupi dan disewakan menurut kadar yang munasabah. Kami juga akan menyediakan kemudahan ini kepada pihak Politeknik Merlimau tujuan kursus, seminar atau sebagainya.

Kami akan memasang antenna di kawasan yang strategik untuk kemudahan pengguna mendapatkan maklumat internet dalam jarak 100 meter persegi, tidak termasuk kawasan asrama pelajar atas tanggungan kami sendiri.

Untuk mendapatkan akses ke internet, pelajar perlu berada di dalam kawasan yang tertentu bagi memastikan pelajar tidak menyalahgunakan perkhidmatan yang disediakan.

Walau bagaimanapun, komputer riba boleh digunakan 24 jam untuk pelajar membuat tugasan atau sebagainya dengan kadar sewaan yang munasabah. Dengan ini pelajar juga boleh berkongsi penggunaan komputer tersebut dengan rakan sebilik.

Berikut adalah beberapa kebaikan yang diperolehi melalui cadangan diatas:

i. Tidak perlu membeli komputer – kos terlibat tidak begitu tinggi.
ii. Pihak syarikat akan memastikan bahawa komputer yang disediakan adalah bebas dari kerosakan dengan sentiasa mengemaskinikan program-program.
iii. Dapat menggunakan komputer di asrama pada kadar yang munasabah.
iv. Pihak syarikat akan sentiasa bersedia untuk memberikan nilai tambah (value added) kepada perkhidmatan yang disediakan.

Kami berharap cadangan kami ini dapat memberi faedah dan kelebihan kepada para pelajar khususnya dan Politeknik Merlimau pada amnya. Sekiranya maklumat tambahan diperlukan, sila hubungi kami seberapa segera. Kami sentiasa bersedia untuk membincangkan cadangan ini kepada pihak Kolej pada bila-bila masa.

Lain-lain Perkhidmatan

Cadangan perkhidmatan-perkhidmatan yang akan ditawarkan adalah seoerti berikut:

1. Perkhidmatan pengangkutan pelajar
2. Perkhidmatan warung kopi
3. Perkhidmatan fotokopi dan penjualan alatulis
4. Perkhidmatan sewaan computer riba dan Wifi
5. Perkhidmatan penghantaran cepat
6. Perkhidmatan fax
7. Penjualan kupon reload untuk telefon bimbit

Pengangkutan Pelajar

Memandangkan jumlah pelajar yang begitu ramai di kampus Politeknik Merlimau, dijangkakan sebahagian besar dari mereka memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk pulang ke kampong dan Bandar-bandar seperti Melaka dan Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun sebaagian besar dari pelajar tinggal di persekitaran Politeknik. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah secara direct (terus) ke Bandar-bandar besar dimana pelajar tidak perlu pergi ke Merlimau terlebih dahulu yang mana ini akan menjimatkan masa.

Cadangan laluan perkhidmatan bas adalah seperti berikut:

1. Politeknik Merlimau ke Melaka Sentral
2. Politeknik Merlimau ke Kuala Lumpur (Cadangan KL Sentral)
3. Melaka Sentral ke Politeknik Merlimau
4. Politeknik Merlimau ke mana-mana Bandar lain seperti Johor Bahru, Kota Bharu, Kuantan dan lain-lain.


Pihak syarikat akan menyediakan perkhdmatan bas yang secukupnya bagi keperluan pelajar terutama untuk cuti hujung minggu, cuti perayaan atau cuti semester. Bas-bas yang akan disediakan adalah disewa dari pemilik-pemilik bas yang sah dan mempunyai permit yang diluluskan oleh LPKP serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Bas-bas yang yang ditawarkan perlu lengkap dengan penghawa dingin untuk keselesaan para pelajar. Kadar harga yang ditetapkan adalah mengikut kadar semasa yang diluluskan oleh Kementerian.

Bagi tempahan untuk musim perayaan terutamanya, pihak syarikat akan membuat tempahan awal ke destinasi-destinasi tertentu. Oleh itu para pelajar Cuma perlu membuat tempahan dengan pihak syarikat dan pihak syarikat akan membuat urusan sewajarnya bagi memastikan para pelajar dapat pulang terus dari Politeknik. Bagi kawasan-kawasan tertentu, pihak syarikat dapat menawarkan perkhidmatan pergi dan balik.

Bagi perjalanan harian, pihak syarikat menawarkan perkhidmatan setiap jam ke Merlimau dan Melaka bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga pukul 5:00 petang.

Perkhidmatan Kopitiam

Kopitiam semakin digemari oleh pengguna terutamanya oleh golongan remaja dimana mereka mengutamakan keselesaan serta kebersihan. Cadangan kopitiam yang ditawarkan adalah setanding dengan kopitiam besar seperti Starbuck Coffee dan lain-lain dimana pihak syarikat akan memastikan keadaan persekitaran yang selesa dan berhawa dingin. Pihak syarikat juga akan menyediakan jenis makanan dan minuman yang berkhasiat serta menarik. Perkhimatan nilai tambah yang disediakan dari perkhidmatan ini adalah Wifi secara percuma kepada semua. Oleh itu dapatlah para pelajar melayari internet sambil berehat dan minum kopi bersama teman-teman.

Perkhidmatan Fotokopi dan penjualan stationery

Pihak syarikat juga menawarkan sudut fotokopi serta penjualan alatulis kepada para pelajar serta orangramai dengan kadar yang munasabah dan menarik. Selain dari perkhidmatan fotokopi, pihak syarikat juga menawarkan perkhidmatan lain seperti binding, laminating, printing (laser dan inkjet) mengikut kadar harga yang menarik.

Lokasi

Lokasi yang dicadangkan adalah dihadapan Politeknik Merlimau dimana kami bercadang untuk menyewa tapak tersebut (lihat gambar-gambar) dan membuat beberapa pengubahsuaian sebagaimana yang sewajarnya bagi memenuhi cadangan perniagaan yang ditawarkan.

Terma dan syarat-syarat

Pihak kami bersedia untuk memenuhi terma dan syarat-syarat yang dipersetujui oleh pihak Politeknik. Rundingan boleh dibuat secepat mungkin bagi menjayakan projek ini dan pihak syarkat akan memastikan bahawa segala keputusan akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak.

Pihak syarikat kami juga telah mengadakan rundingan dengan pihak Majlis Perbandaran Jasin berhubung dengan lokasi tersebut dan pihak MPJ meminta pihak kami mendapatkan kelulusan dari pihak Politeknik Merlimau Melaka.

Kami amatlah berbesar hati sekiranya cadangan ini diberi pertimbangan yang sewajarnya dan kami dahului dengan ribuan terima kasih. Sila hubungi no telefon Mohd Zul Hakim(0136920609) atau Hj Ghazali(0196920469) untuk keterangan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment