Wednesday, September 1, 2010

IKTIKAF DI MASJID 10 MALAM TERAKHIR


Saya di Batu Pahat,teman Makcik Norlida iktikaf di masjid,pada awalnya ingin iktikaf di masjid Batu Pahat,tetapi pagarnya berantai dan kunci.Kami terpaksa mencari Masjid lain dan semuanya tutup sehingga kami berjumpa Masjid di Parit Raja.Alhamdulillah dapat juga kami iktikaf dari pukul 2 pagi hingga 3.30 pagi,moga Allah berkati usaha dan amal kami..hanya KeranaNya.

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Wednesday, August 4, 2010

Puncak Langit Wifi (PL)


Minit mesyuarat,Hj Azman sebagai Ceo menyuarakan satu pendapat untuk melakukan satu perubahan dalam kerjaya sekitar PL Wifi.Walaupun lebih kurang 3 bulan,PL Wifi telah berkembang ke setiap lebih 5 IPTA/IPTS.Manager Marketing,Hj Ghazali memain peranan penting untuk memberi inform kepada setiap Pengarah di IPTA/IPTS.General Manager,Mohd Zubir AmRy, mengambil tugas yang berat untuk meguruskan segala perjalanan pekerja di PL Wifi,dan setiap yang berlaku adalah di bawah kepertanggungjawaban (GM).Pekerja PL Wifi telah melakukan tanggungjawabnya dengan baik,dan di Matrikulasi Tangkak adalah tempat pertama sebagai laluan untuk PL Wifi berkembang maju,dan dengan komitmen yang diberikan oleh pihak Matrikulasi tersebut,Wifi disana berkembang dan jualan topup Wifi telah terjual lebih Rm 135.CEO memberi makluman agar "setiap pekerja melakukan kerja mereka dengan baik dan lakukan kerja melihat kepada persepsi dan bukan mengikut hati."Kata Hj Azman Mohd Top.

Sunday, August 1, 2010

Felissa Cosmetic in AmRy Smart Service




" Felisa Cosmetic! Saya amat berbangga dengannya, seperti yang tertera di sebalik mottonya "Seni Kecantikan Asli". Sebelum menggunakan produk Felisa Cosmetic, saya tiada keyakinan pada diri saya sendiri kerana malu dengan wajah yang penuh dengan jerawat. Saya bekerja sebagai promoter dan amat memalukan apabila para pelanggan saya pula yang memberi khidmat nasihat tentang penjagaan kulit wajah.

Seorang rakan karib menyarankan saya agar menggunakan produk Felisa Cosmetic. Akhirnya, saya pergi ke Salun Kecantikan Felisa Cosmetic yang terletak di Larkin Perdana. Saya dinasihatkan untuk menggunakan Opaque Soap, Cleansing Cream, SF Lotion, Natural B Foundation dan Facial Mask with Bleach and Scrub.

Alhamdulillah, wajah saya semakin pulih setelah menggunakan rangkaian produk Felisa Cosmetic. Setelah jerawat kering, ia meninggalkan bekas hitam dan parut jerawat. Saya meneruskan rawatan dengan membuat "facial treatment" dua kali sebulan. Kemudian, saya menggunakan Opaque Soap, Cleansing Cream, SF Lotion, GP Lotion, GP Night Cream dan juga Natural B Foundation untuk kelihatan lebih cerah. Kini setelah dua tahun, saya masih menggunakan produk Felisa Cosmetic dan lihat perubahannya, sungguh ketara!

Saya lebih berbangga dengan kulit wajah saya sekarang dan juga berbangga dengan Felisa Cosmetic. Cubalah! " EYE RENEWAL GEL


--------------------------------------------------------------------------------

Felisa Eye Renewal Gel mengandungi ekstrak teh hijau dan Q10 untuk mengembalikan kesegaran mata. Ia juga dapat mencegah lingkaran hitam dan menghilangkan keletihan di sekitar mata membuat kulit di sekitar mata lembut dan halus. Sesuai digunakan pada waktu pagi dan malam.


Cara Penggunaan
Sapukan gel mata ke sekeliling kawasan mata pada setiap pagi dan malam untuk kesan yang menakjubkan.

Nett: 15 gm
W/M: RM 30.00; E/M: RM 33.00

Reg. No.: MAL 07060430 K




--------------------------------------------------------------------------------



SF LOTION


--------------------------------------------------------------------------------
Ia telah dirumus dengan kandungan AHA. Ia mengembalikan kesegaran kulit muka sambil membersihkan secara mendalam. Lotion ini juga berfungsi mengecutkan jerawat, merawat jeragat, menghilangkan bintik-bintik hitam serta mengecilkan liang pori-pori muka. Ia menjadikan kulit muka cerah dan segar sepanjang hari. Amat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

Cara Penggunaan
Tuangkan beberapa titik SF Lotion ke tisu muka yang bersih dan sapukan ke wajah dengan rata.

Nett: 60 ml
W/M: RM 45.00; E/M: RM 50.00

Nett: 180ml
W/M: RM 107.00; E/M: RM 118.00




--------------------------------------------------------------------------------

FACIAL TONER BETACAROTENE



--------------------------------------------------------------------------------

Diperkaya dengan pati lobak merah dan Avocado dengan Biosulfur. Formula ini terbukti berkesan untuk memutihkan kulit anda, selain membersih secara mendalam dengan menghilangkan minyak berlebihan, menutup liang roma yang terbuka, menghindarkan jerawat dan bintik-bintik hitam. Tidak sesuai untuk kulit sensitif dan kering.



Cara Penggunaan :
Tuangkan beberapa titik Facial Toner Betacarotene ke tisu muka yang bersih dan sapukan ke wajah dengan rata.

Nett: 125ml
W/M: RM 26.00; E/M: RM 29.00

Nett: 250ml
W/M: RM 47.00; E/M: RM 52.00

Reg. No.: MAL 04100033 K






- Sofiah Mohd Top -

Friday, July 30, 2010

Family Of Amry Smart Service








Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana Amry Smart Service telah berkembang maju dengan kesungguhan dan titik peluh permulaannya dari ayahanda Hj Ghazali Mohd Top(CEO),Mohd Zubir Amry Ghazali(Advisor),Mohd Zulhakim Amry Ghazali(Manager),Mohd Zul ikram Amry Ghazali(Assistant manager).
Kami keluarga Amry Smart Service mendoakan kejayaan dan agar Pengurusan Amry Smart Service akan menjadikan Benar,Jujur,Bijaksana dan Menolong Pelajar adalah asas kepada tanggungjawab untuk Company ini terus mahu dan maju sehingga mencapai Company yang terbaik. InsyAllah....

Perkhidmatan Bas Di N9,MELAKA DAN JOHOR








1hb Mac 2009

Ruj Kami: KSB/KMJ-T/CS001-001

Kepada,

Tuan Pengarah
Politeknik Merlimau Melaka
Jalan Jasin-Merlimau
77300 Merlimau
Melaka

Tuan,

CADANGAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN KOMPUTER RIBA (LAPTOP) / MUDAHALIH DAN LAIN-LAIN PERKHIDMATAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR DAN PIHAK PENGURUSAN

Perkara tersebut di atas adalah dirujuk. Kami amat berbesar hati bercadang untuk menyediakan kemudahan computer riba (laptop) mudah alih serta lain-lain perkhidmatan yang berkaitan untuk kegunaan pelajar-pelajar khususnya dari Politeknik Merlimau dan juga untuk sewaan pihak pengurusan sekiranya diperlukan.

Cadangan Penyediaan Kemudahan Komputer Riba

Pihak syarikat bercadang untuk menyediakan computer riba yang secukupnya untuk kegunaan pelajar-pelajar dan orangramai dengan kadar yang sewajarnya. Dengan ini dapatlah para pelajar menyiapkan kertas kerja atau tugasan mereka dengan selesa walau dimana mereka berada kerana pihak syarikat juga menawarkan zon Wifi secara percuma di kawasan persekitaran bagi kegunaan pelajar-pelajar dan masyarakat umum.

Tujuan kami membuat cadangan ini adalah untuk memberi kemudahan kepada para pelajar mendapatkan maklumat serta menyiapkan tugasan tanpa menunggu di cyber café atau di dalam bilik komputer. Kami akan memastikan keperluan komputer riba adalah mencukupi dan disewakan menurut kadar yang munasabah. Kami juga akan menyediakan kemudahan ini kepada pihak Politeknik Merlimau tujuan kursus, seminar atau sebagainya.

Kami akan memasang antenna di kawasan yang strategik untuk kemudahan pengguna mendapatkan maklumat internet dalam jarak 100 meter persegi, tidak termasuk kawasan asrama pelajar atas tanggungan kami sendiri.

Untuk mendapatkan akses ke internet, pelajar perlu berada di dalam kawasan yang tertentu bagi memastikan pelajar tidak menyalahgunakan perkhidmatan yang disediakan.

Walau bagaimanapun, komputer riba boleh digunakan 24 jam untuk pelajar membuat tugasan atau sebagainya dengan kadar sewaan yang munasabah. Dengan ini pelajar juga boleh berkongsi penggunaan komputer tersebut dengan rakan sebilik.

Berikut adalah beberapa kebaikan yang diperolehi melalui cadangan diatas:

i. Tidak perlu membeli komputer – kos terlibat tidak begitu tinggi.
ii. Pihak syarikat akan memastikan bahawa komputer yang disediakan adalah bebas dari kerosakan dengan sentiasa mengemaskinikan program-program.
iii. Dapat menggunakan komputer di asrama pada kadar yang munasabah.
iv. Pihak syarikat akan sentiasa bersedia untuk memberikan nilai tambah (value added) kepada perkhidmatan yang disediakan.

Kami berharap cadangan kami ini dapat memberi faedah dan kelebihan kepada para pelajar khususnya dan Politeknik Merlimau pada amnya. Sekiranya maklumat tambahan diperlukan, sila hubungi kami seberapa segera. Kami sentiasa bersedia untuk membincangkan cadangan ini kepada pihak Kolej pada bila-bila masa.

Lain-lain Perkhidmatan

Cadangan perkhidmatan-perkhidmatan yang akan ditawarkan adalah seoerti berikut:

1. Perkhidmatan pengangkutan pelajar
2. Perkhidmatan warung kopi
3. Perkhidmatan fotokopi dan penjualan alatulis
4. Perkhidmatan sewaan computer riba dan Wifi
5. Perkhidmatan penghantaran cepat
6. Perkhidmatan fax
7. Penjualan kupon reload untuk telefon bimbit

Pengangkutan Pelajar

Memandangkan jumlah pelajar yang begitu ramai di kampus Politeknik Merlimau, dijangkakan sebahagian besar dari mereka memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk pulang ke kampong dan Bandar-bandar seperti Melaka dan Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun sebaagian besar dari pelajar tinggal di persekitaran Politeknik. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah secara direct (terus) ke Bandar-bandar besar dimana pelajar tidak perlu pergi ke Merlimau terlebih dahulu yang mana ini akan menjimatkan masa.

Cadangan laluan perkhidmatan bas adalah seperti berikut:

1. Politeknik Merlimau ke Melaka Sentral
2. Politeknik Merlimau ke Kuala Lumpur (Cadangan KL Sentral)
3. Melaka Sentral ke Politeknik Merlimau
4. Politeknik Merlimau ke mana-mana Bandar lain seperti Johor Bahru, Kota Bharu, Kuantan dan lain-lain.


Pihak syarikat akan menyediakan perkhdmatan bas yang secukupnya bagi keperluan pelajar terutama untuk cuti hujung minggu, cuti perayaan atau cuti semester. Bas-bas yang akan disediakan adalah disewa dari pemilik-pemilik bas yang sah dan mempunyai permit yang diluluskan oleh LPKP serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Bas-bas yang yang ditawarkan perlu lengkap dengan penghawa dingin untuk keselesaan para pelajar. Kadar harga yang ditetapkan adalah mengikut kadar semasa yang diluluskan oleh Kementerian.

Bagi tempahan untuk musim perayaan terutamanya, pihak syarikat akan membuat tempahan awal ke destinasi-destinasi tertentu. Oleh itu para pelajar Cuma perlu membuat tempahan dengan pihak syarikat dan pihak syarikat akan membuat urusan sewajarnya bagi memastikan para pelajar dapat pulang terus dari Politeknik. Bagi kawasan-kawasan tertentu, pihak syarikat dapat menawarkan perkhidmatan pergi dan balik.

Bagi perjalanan harian, pihak syarikat menawarkan perkhidmatan setiap jam ke Merlimau dan Melaka bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga pukul 5:00 petang.

Perkhidmatan Kopitiam

Kopitiam semakin digemari oleh pengguna terutamanya oleh golongan remaja dimana mereka mengutamakan keselesaan serta kebersihan. Cadangan kopitiam yang ditawarkan adalah setanding dengan kopitiam besar seperti Starbuck Coffee dan lain-lain dimana pihak syarikat akan memastikan keadaan persekitaran yang selesa dan berhawa dingin. Pihak syarikat juga akan menyediakan jenis makanan dan minuman yang berkhasiat serta menarik. Perkhimatan nilai tambah yang disediakan dari perkhidmatan ini adalah Wifi secara percuma kepada semua. Oleh itu dapatlah para pelajar melayari internet sambil berehat dan minum kopi bersama teman-teman.

Perkhidmatan Fotokopi dan penjualan stationery

Pihak syarikat juga menawarkan sudut fotokopi serta penjualan alatulis kepada para pelajar serta orangramai dengan kadar yang munasabah dan menarik. Selain dari perkhidmatan fotokopi, pihak syarikat juga menawarkan perkhidmatan lain seperti binding, laminating, printing (laser dan inkjet) mengikut kadar harga yang menarik.

Lokasi

Lokasi yang dicadangkan adalah dihadapan Politeknik Merlimau dimana kami bercadang untuk menyewa tapak tersebut (lihat gambar-gambar) dan membuat beberapa pengubahsuaian sebagaimana yang sewajarnya bagi memenuhi cadangan perniagaan yang ditawarkan.

Terma dan syarat-syarat

Pihak kami bersedia untuk memenuhi terma dan syarat-syarat yang dipersetujui oleh pihak Politeknik. Rundingan boleh dibuat secepat mungkin bagi menjayakan projek ini dan pihak syarkat akan memastikan bahawa segala keputusan akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak.

Pihak syarikat kami juga telah mengadakan rundingan dengan pihak Majlis Perbandaran Jasin berhubung dengan lokasi tersebut dan pihak MPJ meminta pihak kami mendapatkan kelulusan dari pihak Politeknik Merlimau Melaka.

Kami amatlah berbesar hati sekiranya cadangan ini diberi pertimbangan yang sewajarnya dan kami dahului dengan ribuan terima kasih. Sila hubungi no telefon Mohd Zul Hakim(0136920609) atau Hj Ghazali(0196920469) untuk keterangan selanjutnya.

AmRy Smart Service was From 2006-2010



AMRY SMART SERVICE,
019-6920469 & 013-6280858

10hb.Januari.2009
Kepada,
Pengarah ( LPKP )
Aras 4, Block Podium.No.18, Pesiaran Perdana
Presint 2 62652 Putrajaya.

Tuan,

PERKARA: PERKHIDMATAN BAS PELAJAR POLITEKNIK & KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN

Berhubung perkara tersebut diatas, pihak kami telah menjalankan perkhidmatan bas untuk membawa pelajar Politeknik PD dan Pelajar Kolej Matrikulasi N.Sembilan semasa cuti minguan ( Jumaat, Sabtu & Ahad ) ,cuti umum dan cuti musim perayaan, keseluruh Bandar utama semenanjung Malaysia.
2. Buat masa ini kami mengunakan Bas Sekolah, Bas Catar dan juga Bas Persiaran bagi memampung keperluan pelajar setiap minggu antara 12 – 15 buah setiap minggu dan semasa cuti perayaan atau cuti semester 30 – 40 buah bas.
Bersama ini kami lampirkan senarai bas yang pihak kami gunakan setiap minggu ( Lampiran I ) untuk pengetahuan tuan. Pihak kami memastikan pengusaha bas tersebut
memiliki segala keperluan seperti Lesen Permit, Insuran dan cukai jalan bagi memastikan
keselamatan pelajar terjamin.
3.Jumlah pelajar Politeknik sekitar 7000 dan Kolej Matrikulasi 3000 yang mana 30% daripada pelajar Politeknik dan 60% pelajar Kolej Matrikulasi mengunakan perkhidmatan kami.Olih yang demikian kami mohon sokongan pihak tuan agar dapat pihak kami diberikan permit Bas Kolej & Universiti supaya mudah kami berurusan dan dapat menjalankan kerja dengan berkesan.
4. Tujuan kami memeklumkan perkara ini pada pihak tuan ialah untuk memastikan segala kerja yang kami laksanakan ini mengikut peraturan dan memerlukan khidmat nasihat dari pihak tuan bagi melaksanakan perkidmatan kami ini berjalan dengan lebih berkesan.

Kami mengharapkan kerjasama dan sokongan dari pihak tuan bagi memastikan perkhidmatan kami ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Segala jasabaik tuan kami ucapkan ribuan terima kasih.

Ikhlas dari kami Amry Smart Service


Hj.Ghazali Mohd.Top

S/K: JPJ N.Sembilan
PDRM Port Dickson
Pengusaha Bas


Lampiran I



Senarai Bas yang digunakan


NBB 5961 BAS SEKOLAH

WFG 2099 BAS SEKOLAH

TR 2476 BAS SEKOLAH

CAF 5712 BAS SEKOLAH

NAK 5217 BAS SEKOLAH

WFA 1309 BAS SEKOLAH

WHY 7022 BAS PERSIARAN

WPY 5961 BAS PERSIARAN

BEM 2466 BAS CATAR

NAM 3599 BAS SEKOLAH


Bas bas tersebut diatas adalah bas yang digunakan untuk mengambil dan menghantar pelajar kedestinasi Seremban dan lain lain setiap minggu.
Jumaat , Sabtu dan Ahad.








AMRY SMART SERVICE
SALOON KECANTIKAN SOFEA
Km 15 Kampung Seri Minyak Umbai Merlimau 77300,Melaka.
019-6920469 & 013-6280858

Rawatan Wajah (Facial Treatment)

* Rawatan Kulit Normal ( Facial Normal ) RM: 40.00
* Rawatan Resdung ( Sisnusitis Treatment ) RM: 50.00
* Rawatan Jerawat (Acne Treatment ) RM: 40.00
* Rawatan Jeragat ( Pigmentation Treatment ) RM: 50.00
* Rawatan Collagen ( Collagen Treatment ) RM: 60.00
* Rawatan Pemutihan ( Pecling Treatment ) RM: 60.00


Rawatan Badan (Body Treatment)

* Sauna Berempah RM: 15.00
* Sauna Biasa RM: 12.00
* Sauna Puteri RM: 20.00
* Lulur Berempah RM: 50.00
* Lulur Aromaterapi RM: 60.00
* Body Scrub RM: 50.00
* Mandi Bunga RM: 50.00
* Mandi Susu RM: 50.00
* Pakej SPA Rawatan Lepas Bersalin RM: 180.00
* Pakej Istemewa ( Sauna+Lulur+Scrub+Mandian) RM: 160.00
* ( Sauna+ Lulur+ Mandian+ B.Compress + Facial ) RM: 180.00

Pakej Solekan & SPA

* Solekan Siang & Malam ( Daily Make up ) RM: 40.00
* Pakej SPA untuk Bakal Pengantin RM: 200.00






AMRY SMART SERVICE
( Saloon Kecantikan Sofea )
JB.2920, Jln MU/1 Taman Merlimau Utara
77300 Merlimau Melaka.
017-3070091 & 013-6280858



Ada di Jual Disini

Potongan Harga Sahingga 60%

Jenama Terkemuka

Kenzo, Clinic, Lancome & Lain lain

Sila dapatkan segera selagi stock masih ada.


AMRY SMART SERVICE
JB.2920, Jln MU/1 Taman Merlimau Utara
77300 Merlimau Melaka.
017-3070091 & 013-6280858

Kepada,
KPM Bandar Melaka ASS/KPM/01/09
Jalan hang Tuah,
75300. Melaka.
U/P: Puan Halimah. 7hb.Sept.2009

Puan.

PERKARA: SHUTTLE BAS SERVICE ( ASRAMA KE-KOLEJ KE-ASRAMA)

Merujuk pada perkara tersebut diatas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami mempunyai kemampuan untuk menyediakan perkhidmatan bas membawa pelajar KPM Bandar Melaka pergi dan balik setiap hari. ( Isnin hinga Jumaat ) .

Pihak kami akan menyediakan bas yang mencukupi untuk membawa pelajar KPM Bandar Melaka diwaktu diperlukan (waktu pagi dan petang) setiap hari atau waktu keperluan diluar waktu pejabat.

Pihak kami akan memastikan semuanya berjalan lancer dan teratur mengikut jadual tanpa menyulitkan pelajar. Pihak kami juga ada menyediakan pengangkutan sokongan berupa van untuk memastikan perkhidmatan kecemasan 24 jam secara percuma untuk kemudahan pelajar KPM Bandar Melaka.

Pihak kami juga bersedia menyediakan perkhidmatan sdmasa cuti minguan atau cuti perayaan dimana pelajar memerlukan bas untuk ke-Melaka Sentral atau ke-bandar utama seluruh semenanjung Malaysia.

Bersama sama ini kami lampirkan gambaran bas yang pihak kami gunakan untuk semakan , Bas yang kami sediakan ini lengkap dengan insuran ,permit perjalanan seluruh semenanjung Malaysia, berhawa dingin serta selesa untuk perjalanan jauh.

Segala jasa baik puan berhubung perkara tersebut diatas, amat kai hargai serta diucapkan ribuan terima kasih.


Ikhlas dari kami
Amry Smart Service.


AMRY SMART SERVICE
JB.2920, Jln MU/1 Taman Merlimau Utara
77300 Merlimau Melaka.
017-3070091 & 013-6280858



Kepada,
Pengusaha Bas
Dan Pemandu Bas 09hb.10.2009


Tuan,

PERKARA: MEMBATALKAN PERKHIDMATAN BAS ACT 1999

Berhubung dengan perkara tersebut diatas, adalah dimaklumkan bahawa Bas yang berdaftar dengan No. ACT 1999 Bas Catar, tidak dibenarkan lagi beroperasi untuk mengambil pelajar Politeknik PD untuk semua destinasi berkuat kuasa serta merta kerana telah melangar syarat syarat dan peraturan yang ditetapkan serta membuat kekecuhan .

Olih yang demikian banyak pihak telah membuat aduan berhubung perkara tersebut dengan pihak pengawal keselamatan Politeknik PD. Demi menjaga nama baik dan perkhidmatan kami berjalan lancer dan teratur pihak kami terpaksa membatalkan perkhdmatan bas tersebut.

Pihak kami memohon maaf dan banyak mengucapkan ribuan terima kasih selama ini membantu pihak kami melaksanakan perkhidmatan ini.

Sekian terima kasih.



Ikhlas dari kami
AMRY SMART SERVICE


Hj.Ghazali Mohd.Top
Pengurusan

S/K> Pengarah Politeknik PD
S/K. Pengarah LPKP
S/K. Pengarah JPJ N.Sembilan.